← Back to list
Kerajaan cadang bina tempat khas untuk perokok!
Jan 04, 2019
Perokok mungkin akan ada tempat khas merokok!
Foto - Kosmo
Kerajaan akan pertimbangkan cadangan membina tempat khas untuk perokok sepertimana yang diamalkan di Korea Selatan dan Jepun!
Foto - Berita Harian
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan diteliti semula 6 bulan selepas penguatkuasaan undang-undang larangan merokok di premis makanan seluruh negara.
Dalam pada itu, beliau turut tegaskan bahawa penguatkuasaan larangan merokok bukan kempen bermusim, dan mahu ia menjadi budaya rakyat Malaysia.
Sementara itu, kesedaran peniaga memaparkan papan tanda larangan merokok di premis mereka masih rendah!
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata kurang daripada 50 peratus pengusaha yang meletakkan papan tanda tersebut.
---
Ambil kira pandangan rakyat Pantai Timur berhubung projek ECRL.
Foto - Astro Awani
Kerajaan Pahang sambut baik cadangan Perdana Menteri untuk meneruskan semula Projek Laluan Rel Pantai Timur yang digantung sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Sistem Penyampaian Awam dan Inovasi Negeri Pahang berharap pelaksanaan semula projek tersebut akan mengambil kira pandangan dari semua negeri terlibat iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Foto - Berita Harian
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Projek ECRL yang sebelum ini ditangguhkan oleh kerajaan pusat kerana menelan belanja 81 billion ringgit mungkin akan diteruskan, namun dalam skala yang lebih kecil.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan berkata laporan akhir ECRL perlu disemak dengan teliti sebelum sebarang keputusan diambil oleh kerajaan.
---
Jauhi kawasan pantai sehingga Ahad!
Foto - Utusan
Maritim Malaysia ingatkan orang ramai agar jauhi kawasan pantai dan perairan pantai timur sehingga Ahad, susulan amaran ribut Pabuk!
Ini selepas Jabatan Meteorologi keluarkan amaran bahawa ribut itu boleh menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan ombak setinggi 4.5 meter di perairan pantai timur, termasuk Perlis, Kedah dan Perak.
Dalam pada itu, penduduk berhampiran Pantai Chaya Bulan di Kota Bharu kini bersiap sedia untuk berpindah jika diarahkan.
Bomba Kelantan berkata pemantauan berterusan dibuat terhadap keadaan penduduk di kawasan itu dan pihaknya juga dalam keadaan bersiap siaga sekiranya pemindahan penduduk perlu dibuat.
Dalam masa sama, Bomba Pulau Pinang bekukan cuti hampir seribu pegawai dan anggotanya bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kejadian bencana akibat ribut Pabuk.
Foto - Berita Harian
Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu akan berikan bantuan khas kepada penduduk yang terjejas rumahnya ekoran fenomena angin kencang yang dibawa ribut Pabuk.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca