← Back to list
Jumlah Mangsa Maut Meningkat 373 Orang Di Selatan Sumatera
Dec 25, 2018
Angka kematian akibat tragedi tsunami ekoran letusan Gunung Berapi Anak Krakatau, Indonesia meningkat kepada 373 orang manakala lebih 1,400 cedera.
Menurut pihak berkuasa tempatan, 128 orang dilaporkan masih hilang setakat ini.
Tambahnya, angka korban dalam insiden itu dijangka terus meningkat.
Dalam perkembangan berkaitan, isteri kepada vokalis kepada Kumpulan Seventeen yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu ditemui mati.
Kes Bogel Dan Amuk, Tahanan Reman Seorang Wanita Disambung Dua Hari
Tahanan reman seorang wanita disambung dua hari lagi berhubung kes berbogel dan mengamuk dengan sebilah pisau di hadapan sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, 16 Disember lalu.
Menurut Polis Kelantan, wanita itu mendakwa dia tidak sedarkan diri seperti dirasuk sesuatu sehingga bertindak demikian.
Sementara itu, ujian air kencing mendapati dia tidak berada di bawah pengaruh dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod sebagai pesakit mental.
Kerajaan Lantik Peguam Pemerhati Untuk Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib
Kerajaan melantik peguam pemerhati bagi kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib yang dipercayai dipukul ketika kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya, bulan lalu.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata peguam berkenaan akan memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Adib dan Jabatan Bomba.
Malah, peguam itu juga membantu polis dan pihak pendakwaan dalam persediaan prosiding kes itu.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca