← Back to list
JBPM akan teliti semula SOP ketika berdepan situasi rusuhan.
Dec 19, 2018
Jabatan Bomba akan teliti semula prosedur operasi standardnya ketika berdepan situasi rusuhan.
Timbalan Ketua Pengarah, Datuk Amer Yusof berkata ia bagi mengenal pasti risiko agar kejadian yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib tidak berulang.
Semetara itu, jenazah Muhammad Adib selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung halamannya, di Kuala Kedah semalam.
Lebih 1,000 penduduk kampung dan pegawai bomba hadir bagi memberikan penghomatan terakhir buat wira negara itu.
Jabatan Bomba dalam pada itu tubuhkan Tabung Wira Merah bagi membolehkan orang awam menghulurkan sumbangan buat keluarganya.
Kanak-kanak di Malaysia capai hanya 62 peratus daripada potensi diri apabila mencecah usia dewasa.
Menurut laporan Bank Dunia, kadar itu lebih tinggi daripada indeks purata Asia Pasifik namun lebih rendah berbanding negara berpendapatan tinggi.
Antara kriteria yang diambil kira dalam kajian itu adalah kadar kebantutan dan tahap kualiti pendidikan di negara ini yang dianggap kurang efektif.
Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal kembali gegarkan Royal Albert Hall London.
Setelah 14 tahun, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal kembali gegarkan Royal Albert Hall London pada 22 April depan.
Ianya bersempena Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang turut menjelajah empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan United Kingdom.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca