← Back to list
Allahyarham Muhammad Adib Dinaikkan Pangkat
Dec 18, 2018
Allahyarham Muhammad Adib, anggota bomba yang terbunuh dalam kekecohan di sebuah kuil di Subang Jaya, diberikan kenaikan pangkat berkuat kuasa serta merta.
Menurut kerajaan kenaikan daripada gred KB19 ke KB22, dapat meringankan beban keluarga adib dari segi imbuhan pencen.
Tengah hari tadi, jenazah Adib selamat dikebumikan di tanah perkuburan di kampung halamannya, di Kuala Kedah.
Bendera Bomba Dikibarkan Setengah Tiang
Bendera di semua premis Jabatan Bomba akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati pemergian Muhammad Adib.
Menurut Ketua Pengarahnya, ia akan dilaksanakan selama tiga hari, sehingga Khamis ini.
RON92 Tidak Akan Dijual!
Kerajaan tidak akan menjual kembali petrol RON92 kerana kandungan ulfur yang tinggi di dalamnya berbahaya kepada alam sekitar.
Tambahnya, walaupun terdapat cadangan untuk menjualnya kembali, ia tidak boleh dilaksanakan kerana terikat dengan protokol antarabangsa.
Oleh itu, dasar kerajaan kekal menjual RON 95 dan RON 97 di pasaran tempatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca