← Back to list
Kerusi Parlimen Cameron Highlands Sah Kosong
Dec 17, 2018
Kerusi Parlimen Cameron Highlands kini disahkan kosong.
Ini selepas penyandangnya, Datuk C. Sivarraajh telah gagal kemuka rayuan terhadap keputusan mahkamah isytihar kemenangannya batal susulan rasuah kepada pengundi.
Dewan Rakyat juga sudah terima surat pemakluman daripada SPR.
Ia juga bermakna akan ada satu lagi PRK dan ia bakal berlaku dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan.
---
Bermula bulan depan, semua premis makanan perlu pamer amaran larangan merokok dan berhenti sedia bekas habuk rokok kepada pelanggan.
Menurut Kementerian Kesihatan, perintah itu termaktub dalam undang-undang larangan merokok di semua premis makanan yang mula berkuat kuasa 1 Januari.
Mengikut undang-undang itu juga, pelanggan yang mahu merokok perlu berada pada jarak 10 kaki atau 3 meter daripada restoran dan kedai makan.
---
Nurul Izzah Anwar umum letak jawatan Naib Presiden PKR serta mengosongkan jawatan Pengerusi PKR Pulau Pinang.
Namun, beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Setakat ini belum ada pengesahan mengenai punca sebenar perletakan jawatan Nurul Izzah daripada 2 jawatan tersebut.
---
Kerajaan jamin harga telur ayam yang alami kenaikan ketara sejak kebelakangan ini akan kembali stabil seawal hari ini.
Ia selepas pengeluar setuju turunkan harga sebanyak 2 sen di peringkat peringkat ladang selepas mengadakan rundingan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca