← Back to list
SPRM terima laporan dakwaan rasuah ke atas Presiden UMNO.
Dec 17, 2018
SPRM sahkan ada terima laporan dakwaan rasuah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sewaktu pemilihan UMNO, Jun lalu.
Timbalan Ketua Pesuruhjayanya berkata pihaknya akan melihat laporan tersebut dan sekiranya terdapat unsur rasuah, siasatan akan dijalankan.
Laporan tersebut mendakwa kononnya Presiden UMNO itu menyogok anggota parti untuk membantunya memenangi jawatan itu pada pemilihan parti.
50 peratus pekerja yang diberhentikan di Semanjung tahun ini adalah pekerja di Lembah Klang!
Menurut Kementerian Sumber Manusia, rata-rata yang diberhentikan memiliki jawatan bergaji tinggi seperti pengurus, profesional dan juruteknik.
Oleh itu, pihaknya bekerjasama dengan Perkeso membantu mereka yang kehilangan kerja agar kembali bekerja di industri berkaitan.
Tiada halangan buat artis Korea lakukan persembahan di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia nafi kenyataan kononnya kerajaan mengharamkan artis Korea untuk melakukan persembahan di negara ini pada 2020.
Gobind Singh Deo berkata kenyataan itu tidak benar dan tiada halangan dikenakan terhadap selebriti dari negara itu.
Dalam pada itu, kumpulan k-pop, BTS bakal melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca