← Back to list
Enam Ahli Parlimen UMNO Ucap Selamat Tinggal Pada Partinya
Dec 14, 2018
Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.
Mereka ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.
Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Setiausaha Agong UMNO.
PTPTN Perlukan Setahun Kaji Bayaran Balik Baru
PTPTN perlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk kaji semula pelaksanaan kaedah baru bayaran balik pinjaman pendidikan.
Ia akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan seperti majikan, peminjam dan belia muda untuk mencari kaedah terbaik.
Minggu lalu, kabinet menangguhkan pelaksanaan kaedah bayaran balik secara Potongan Gaji Berjadual selepas mendapat kritikan banyak pihak.
Presiden UMNO Didakwa Rasuah Lagi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku TIDAK bersalah atas satu kes pecah amanah jenayah babitkan wang 10 juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Tuduhan terbaru itu adalah tambahan kepada 45 yang dihadapi Zahid sebelum ini babitkan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.
Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca