← Back to list
Tabung Haji masih terima sokongan pendeposit.
Dec 12, 2018
Tabung Haji masih terima sokongan daripada pendeposit biarpun bakal diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia bermula tahun depan.
Jelasnya, tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran wang daripada Tabung Haji susulan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula organisasi tersebut.
Pihaknya juga sedang menimbang kaedah untuk mengurangkan kos operasi haji bagi mengekalkan kos mengerjakan ibadah itu.
Permintaan gaji tidak munasabah punca pengangguran graduan baru.
Permintaan gaji yang tidak munasabah jadi antara punca utama kepada pengangguran dalam kalangan graduan baru.
Menurut NST, hasil Kajian Institut Penyelidikan Khazanah merumuskan majikan mengadu bahawa graduan baru meminta gaji yang terlalu tinggi.
Menurut mereka, gaji purata bagi pekerja muda adalah pada kadar RM1,846.
Kajian itu mendapati semakin ramai orang muda dalam lingkungan usia 18 dan 20 tahun kini bekerja separuh masa atau freelance, kerana kebebasan yang ditawarkan pekerjaan itu.
Tiga kru nelayan diculik penjenayah rentas sempadan.
Polis Sabah sahkan tiga kru nelayan yang hilang di perairan Pegasus Reef, Kinabatangan, minggu lalu dipercayai diculik penjenayah rentas sempadan.
Jelasnya, pengesahan terkini dibuat isteri salah seorang mangsa yang memberitahu bahawa dia dihubungi suaminya.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca