← Back to list
Perhimpunan ICERD: Ibu bapa masih degil!
Dec 08, 2018
Perhimpunan ICERD: Ibu bapa masih degil!
Foto - Astro Awani
Biarpun sudah diberi peringkatan, masih terdapat ibu bapa yang membawa bayi dan kanak-kanak ke perhimpunan ICERD di ibu negara, hari ini.
Tinjauan Astro Awani mendapati, golongan cilik itu dilihat dibawa ibu bapa atau penjaga mereka, baik didukung, dipimpin mahupun yang ditolak dalam kereta sorong.
Perbuatan itu jelas melanggar syarat di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana membawa bayi dan kanak-kanak ketika berhimpun dalam acara seumpamanya.
-----
Malaysia destinasi paling diminati pelancong China
Foto - mStarOnline
Malaysia muncul destinasi paling diminati pelancong China dan merekodkan kehadiran paling tinggi ke negara ini.
Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya berkata, kedatangan pelancong China menunjukkan peningkatan 20 hingga 30 peratus.
Ini sekaligus menerpis dakwaan pihak tertentu kononnya kehadiran pelancong China semakin berkurangan dan mengelak untuk datang ke Malaysia.
-----
Identiti Nasional dalam subjek TITAS di Universiti?
Foto - Carousell
Seorang pensyarah undang-undang UIAM cadangkan agar identiti nasional diperkenalkan melalui pendidikan dalam subjek Hubungan Etnik serta Tamadun Islam dan Tamadun Asia di peringkat universiti.
Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, langkah itu katanya sebagai salah satu cara untuk meningkat semangat nasionalisme kenegaraan.
Katanya lagi, warganegara perlu memahami perlembagaan untuk mereka mengenali identiti sendiri dan bukan belajar perlembagaan sebagai satu subjek undang-undang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca