← Back to list
Isu skandal 1MDB tidak ada nilai sejarah jika dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.
Dec 04, 2018
Isu skandal 1MDB tidak mempunyai nilai sejarah sekiranya dimasukkan sebagai sukatan pelajaran.
Itu kata dua Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara mengenai cadangan Kementerian Pendidikan untuk masukkan isu itu dalam buku sejarah.
Foto: Utusan
Jelas Prof Datuk Dr Teo Kok Seong kepada Awani, ia hanya akan mengajar pelajar sekolah untuk tidak mengenang jasa pemimpin negara.
Semalam, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata isu itu perlu dipelajari supaya tidak diulangi generasi masa depan.
DBKL luluskan perhimpunan kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi ICERD, Sabtu ini.
Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata kelulusan itu diberi memandangkan perhimpunan tersebut adalah satu perhimpunan kesyukuran.
Foto: NSTP
Pihak penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja sahaja iaitu di antara Dataran Merdeka dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
2Point0 jadi filem terlaris di setiap negara ia ditayangkan setakat ini.
Filem cereka sains India, 2Point0 terus cipta fenomena apabila jadi filem terlaris di setiap negara ia ditayangkan setakat ini, kecuali Amerika Utara.
Filem lakonan Superstar, Rajnikanth itu sekaligus mendahului filem Hollywood lain seperti Fantastic Beasts, Ralph Breaks The Internet dan The Grinch.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca