← Back to list
Masyarakat digesa agar tidak keluarkan kenyataan mengenai insiden di kuil di Subang Jaya.
Nov 28, 2018
Orang ramai digesa agar tidak keluarkan kenyataan berhubung insiden di sebuah kuil di USJ 25, Subang Jaya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perbuatan tersebut hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Sementara itu, insiden kekecohan di sebuah kuil USJ 25, Subang Jaya menyatukan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang!
Ahli Parlimen Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Bebas menyatakan solidariti degan mengemukakan usul tergempar untuk Dewan Rakyat membincangkan insiden itu.
Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata usul itu mungkin akan dibahaskan di Parlimen esok.
Dalam perkembangan lain, anggota bomba yang kritikal dalam kekecohan tersebut telah dipindahkan ke Institut Jantung Negara dan dilaporkan stabil.
KKM kuatkuasakan TUL kepada 'Romaine lettuce'.
Kementerian Kesihatan kenakan tindakan penguatkuasaan "Tahan, Uji dan Lepas" sejak Jumaat lalu bagi sayur Romaine lettuce yang diimport dari Amerika.
Ini selepas sayur tersebut didapati dicemari baketeria E-Coli yang menyebabkan cirit-birit, demam dan kesakitan pada abdomen.
Altimet bersara.
Altimet bakal mengadakan konsert terakhirnya pada Februari tahun depan selepas mengumumkan persaraannya secara rasmi semalam.
Kata penyanyi rap itu, bermula semalam, tiada persembahan daripadanya sehingga konsert itu berlangsung.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca