← Back to list
Datin Seri Rosmah Didakwa Kes Terima Rasuah Sebanyak Hampir RM190 Juta Ringgit
Nov 15, 2018
Mahkamah benarkan Datin Seri Rosmah Mansor dibebaskan dengan ikat jamin sejuta ringgit.
Ini selepas beliau didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah kira-kira 190 juta ringgit berkaitan dengan projek pembekalan panel tenaga solar untuk sekolah di Sarawak.
Kes itu akan disebut semula, 10 Disember ini.
Sementara itu, bekas pembantu khasnya, Datuk Rizal Mansor turut didakwa atas 4 tuduhan rasuah dalam kes yang sama.
Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah 3 juta ringgit.
Ia berkaitan pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik.
Mekanisme Bayar Balik Pinjaman PTPTN Akan Diumum Disember Nanti
Mekanisme pembayaran balik pinjaman PTPTN akan diumumkan pada Disember depan.
Menurut badan kewangan itu, pihaknya masih merancang kaedah terbaik bagi peminjam untuk membayar balik pinjaman tanpa membebankan mereka.
Buat masa ini, PTPTN sedang menunggu maklumat dan dasar yang diboleh digunakan dalam pengurusannya.
Kerajaan Bincang Isu Amalan Khatan Wanita
Kerajaan dalam proses perbincangan bersama Kementerian Kesihatan, berhubung amalan berkhatan membabitkan wanita.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, segala keputusan sama ada ia diteruskan atau tidak, perlu dibincangkan bersama pakar.
Ini selepas SUHAKAM mengkritik amalan berkhatan babitkan wanita di Malaysia, selepas kerajaan beri penjelasan kurang menyakinkan di Laporan Berkala Sejagat PBB baru-baru ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca