← Back to list
Pihak berkuasa siasat dakwaan edaran kitab bible di depan sekolah di Bukit Mertajam.
Nov 08, 2018
Pihak berkuasa sedang siasat dakwaan mengenai pengedaran kitab Bible kepada pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam.
Foto: Utusan
Tegas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang usaha untuk menimbulkan kekacauan dalam masyarakat memandangkan agama Islam adalah agama rasmi negara.
Kerajaan perlu gubal undang-undang baru untuk tangani masalah dadah di kalangan remaja.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan cadang agar kerajaan gubal undang-undang baru untuk tangani gejala sosial terutama masalah dadah di kalangan remaja.
Melalui undang-undang itu, pihak berkuasa boleh memanggil ibu bapa atau penjaga remaja bermasalah untuk mengikuti sesi kaunseling.
Mat Redho jadi calon Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Atlet sukan ekstrem, Mat Redho akan dicalonkan sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat pengumuman itu, selepas Mat Redho menjuarai Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 di Australia.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca