← Back to list
Kerajaan Komited Agih Subsidi Minyak Kepada B40 & M40 Bermula Suku Kedua 2019
Nov 06, 2018
Kementerian Kewangan nafi dakwaan kononnya kerajaan bersifat sambil lewa berhubung subsidi petrol bersasar terhadap kereta berkapasiti 1,500 cc dan motosikal 125 cc.
Jelasnya, pihaknya sedang perincikan lagi mekanisme pemberian subsidi petrol itu dan ia akan dibuat pada suku kedua 2019.
Tambahnya, kementerian akan memastikan golongan B40 dan M40 akan menerima sepenuhnya subsidi berkenaan.
Pengerusi PTPTN Letak Jawatan Penasihat Khas Menteri Pendidikan
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan letak jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Jelasnya, keputusan untuk meletakkan jawatan adalah bagi menumpukan perhatian kepada tugasnya di PTPTN.
Malah, dia menafikan bahawa peletakan jawatan tersebut kerana berlakunya perbezaan pendapat dengan Dr Maszlee.
Malaysia Harap Universiti Jepun Buka Cawangan Di Negara Ini
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap universiti Jepun dapat wujudkan kampus cawangannya di Malaysia.
Katanya, ia beri peluang kepada rakyat Malaysia belajar sistem pendidikan negara itu sekaligus mempelajari budayanya.
Namun, buat masa ini tiada peruntukkan undang-undang bagi penubuhan univerisiti tersebut dan ia akan dibincangkan kerajaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca