← Back to list
Beli kereta baru- antara alasan tangguh bayaran pinjaman PTPTN.
Nov 05, 2018
Membeli kereta baru antara alasan peminjam PTPTN, yang telah tamat pengajian memohon rayuan penangguhan bayaran balik pinjaman mereka.
Pengerusi PTPTN berkata alasan itu tidak munasabah kerana ansuran bayaran bulanan kereta lebih tinggi berbanding bayaran balik pinjaman serendah RM90 sebulan.
Namun katanya, sekiranya peminjam mempunyai alasan lain seperti belum mendapat pekerjaan, maka ia boleh ditangguhkan.
Polis cari saksi kes remaja terkena tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas pangsapuri.
Polis KL sedang giat mengesan saksi bagi bantu siasatan berhubung seorang remaja lelaki cedera parah akibat terkena tayar basikal yang dibaling dari tingkat atas PPR Gombak Setia.
Foto: Berita Harian
Mangsa dirawat di hospital dan mendapat 15 jahitan akibat parah di bahagian kepala.
Januari lalu, seorang remaja lelaki maut ditimpa kerusi akibat dicampak dari tingkat atas di PPR, Seri Pantai, Pantai Dalam.
Tiada arahan tarik balik kebenaran cuti tambahan sempena Deepavali.
Kementerian Pendidikan menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat pekeliling menarik balik kebenaran cuti tambahan sempena Deepavali.
Foto: Utusan
Katanya, kuasa memberi kelulusan cuti peristiwa atau cuti ganti adalah di bawah bidang Jabatan Pendidikan Negeri yang boleh meluluskan permohonan cuti tambahan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca