← Back to list
Malaysia Kekurangan Penderma Organ selepas Meninggal Dunia.
Dec 07, 2017
Kementerian Kesihatan sedang mengkaji cara meningkatkan jumlah penderma organ selepas meninggal dunia di Malaysia.
Ini kerana, pihak hospital tidak menerima organ mencukupi yang sesuai untuk pemindahan.
Tambahnya, hanya kira-kira 400 ribu orang telah berikrar untuk menderma organ di negara ini.
Sementara itu, Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengingatkan doktor negara ini agar tidak menjadi orang tengah untuk mengatur pemindahan organ daripada luar negara kepada pesakit mereka.
Jelasnya, perbuatan itu menyalahi undang-undang dan tidak disokong oleh kementerian.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca