← Back to list
Kanak-kanak 5 tahun maut ditetak bapa.
Aug 14, 2018
Kanak-kanak 5 tahun maut ditetak bapa.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut ditetak bapanya di sebuah flat Puchong Permai, Selangor semalam.
Foto: Berita Harian
Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu ketika mangsa sedang tidur sebelum mengheret badan mangsa ke luar rumah.
Menurut polis, suspek yang didapati positif dadah jenis syabu dan peminum tegar air ketum mendakwa dia mendengar suara yang menyuruhnya melakukan perbuatan kejam itu.
Cuaca dijangka panas hingga pertengahan September.
Cuaca panas dan kering di Semenanjung ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan depan.
Antara kawasan dan negeri yang terlibat adalah KL, Selangor, Putrajaya, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena itu berlaku akibat fasa monsun Barat Daya.
Golongan LGBT tidak hidapi penyakit mental.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata golongan LGBT tidak hidapi penyakit mental sebaliknya alami perubahan hormon di dalam otak.
Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Perdana Menteri saran golongan transgender supaya guna tandas OKU sebagai langkah penyelesaian jangka pendek sementara kerajaan berusaha tangani isu berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca