← Back to list
Malaysia masih berpeluang untuk jadi negara maju.
Aug 20, 2018
Malaysia masih berpeluang untuk jadi negara maju.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun berkata 'Wawasan 2020' itu mungkin hanya menjadi kenyataan pada 2025.
Jadi ujar Tun M, untuk mencapainya negara perlu golongan elit dan berkemahiran tinggi yang menetap di luar negara pulang untuk bantu memajukan Malaysia.
Beliau juga gesa pelajar Malaysia yang menuntut di seberang laut pulang sebaik bergraduasi dan bantu memperhebatkan lagi negara.
Kerajaan pertimbang untuk haramkan penggunaan beg plastik tidak boleh lupus di seluruh negara.
Namun Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar beritahu Nan Yang Siang Pao, larangannya berbeza dengan yang dilaksana Selangor ketika ini.
Kredit foto: Sinar harian
Ujar Yeo Bee Yin lagi, pengumuman lanjut mengenainya dijangka dibuat pada Oktober.
Tiada lagi pelanggaran peraturan dalam PRK DUN Seri Setia dan Balakong nanti.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perkara yang dilaporkan BERSIH 2.0 berlaku pada PRK DUN Sungai Kandis baru-baru ini, tidak akan berulang lagi.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca