← Back to list
Kenyataan viral tentang Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar.
Aug 29, 2018
Kenyataan viral mengenai Skim Perlindungan Kesihatan B40 adalah tidak benar.
Jelas Kementerian Kesihatan, skim perlindungan kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah itu sebenarnya masih di peringkat perbincangan.
Dakwaan bahawa 5 peratus pendapatan bulanan pekerja akan ditolak untuk biaya skim tersebut juga palsu.
Peniaga mula bersedia dengan pelaksanaan SST.
Berbaki 2 hari lagi sebelum pelaksanaan semula SST, kebanyakan peniaga dan pengusaha di ibu kota kelihatannya bersedia.
Menerusi tinjuan Bernama, peniaga didapati sudah memasukkan harga selepas SST dalam sistem komputer bagi memudahkan urusan apabila dikuatkuasakan Sabtu ini.
Namun ada juga peniaga memaklumkan belum terima notis Kastam berhubung pelaksanaan SST tapi sudah bersedia dan telah ambil langkah sewajarnya.
Sambutan Hari Kebangsaan pada Jumaat ini bakal libatkan 4 segmen.
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, Jumaat ini akan libat 4 segmen iaitu kenegaraan, ketenteraman awam, keselamatan negara dan perpaduan rakyat.
Sebanyak 15,000 peserta mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan 'Sayangi Malaysiaku'.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca