← Back to list
11 Ahli Parlimen UMNO nafi akan keluar parti.
Sep 20, 2018
11 Ahli Parlimen UMNO tampil menafikan akan keluar parti!
Ini selepas nama mereka turut tertera dalam senarai 17 pemimpin UMNO yang didakwa bakal keluar parti seperti yang tersebar dalam media sosial semalam.
Nama besar yang menafikan desas-desus itu termasuklah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan Datuk Seri Bung Mokthar Radin.
SOP berhubung tindakan ke atas OKU akan diteliti.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mahu SOP berhubung tindakan ke atas OKU diteliti dan diperketatkan.
Antara aspek yang perlu diteliti adalah tahap mentaliti, tingkah laku dan umur OKU termasuk autistik.
Foto: The Star
Ini selepas seorang lelaki autistik berusia 22 tahun dipercayai mencabul seorang gadis di sebuah restoran di Subang Jaya baru-baru ini.
Jumlah kematian akibat keracunan arak dijangka terus meningkat.
Kementerian Kesihatan berkata setakat ini 23 kematian dicatatkan di bawah fasilitinya manakala jumlah kematian yang berlaku di luar masih belum dapat disahkan.
Dalam pada itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli minta pihak berwajib jalankan operasi besar-besaran menghapuskan arak berkualiti rendah yang dijual di pasaran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca