← Back to list
Pihak bomba perlu dapatkan laporan struktur sungai atau parit sebelum jalankan operasi menyelamat.
Oct 04, 2018
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mahu pihak bomba mendapat laporan struktur sungai atau parit sebelum menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Zuraida Kamaruddin berkata perkara itu akan dijadikan sebagai SOP jabatan berkenaan bagi memastikan keselamatan anggota mereka yang terlibat.
Foto: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Ini selepas 6 anggota bomba terkorban ketika proses mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh dalam sebuah lombong di Puchong, semalam.
Jenazah mereka akan dihantar pulang ke kampung halaman hari ini untuk proses pengebumian.
Datin Seri Rosmah Mansor tiba ke perkarangan Kompleks Mahkamah KL.
Datin Seri Rosmah Mansor tiba ke perkarangan Kompleks Mahkamah KL kira-kira jam 8.30 pagi tadi bagi menghadapi pertuduhan mahkamah.
Isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu dijangka berdepan antara 15 hingga 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB.
Seorang lelaki ditahan kerana masukkan anak saudaranya dalam mesin basuh di kedai dobi.
Suspek kes kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Selangor telah ditahan.
Foto: FMT News
Polis berkata lelaki yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut akan disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca