← Back to list
Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, KL tengah hari ini.
May 16, 2018
Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja keluar daripada Hospital Rehabilitasi Cheras, KL tengah hari ini.
Namun, sidang media ringkas yang dilapor akan dilakukan Ketua Umum PKR itu tidak menjadi kenyataan.
Beliau bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan MB Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terus ke Istana Negara.
Mereka bertiga akan menghadap Yang Di Pertuan Agong untuk proses pengampunan Datuk Seri Anwar.
Selepas dibebaskan dan menunaikan solat terawih bersama keluarga di rumah, beliau dijangka buat kemunculan pada Perhimpunan Merdeka Rakyat di PJ malam ini.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca