← Back to list
Tan Sri Mohamed Apandi Ali tolak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Jul 15, 2018
Tan Sri Mohamed Apandi Ali tolak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Jelas bekas Peguam Negara itu, keputusan tersebut diambil kerana beliau mahu hindari persepsi buruk terhadapnya.
Kredit foto: The Star Online
Sementara itu, Tan Sri Anuar Musa dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberi jawatan baru sebagai Bendahari.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding jawatan Presiden PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal bertanding jawatan Presiden PKR pada sesi pemilihan parti itu yang dijangka akan diadakan penghujung Ogos ini.
Jelasnya menerusi Twitter, keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden dan barisan kepimpinan yang lain.
Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.
Teka-teki mengenai penyandang jawatan Speaker Dewan Rakyat akhirnya terjawab!
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof dijangka dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Perkara tersebut disahkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca