← Back to list
Mangsa banjir di Pulau Pinang dan Kedah meningkat
Nov 06, 2017
Lebih 443,000 calon menduduki SPM 2017 yang bermula hari ini hingga 4 Disember.
Namun banjir yang melanda beberapa negeri khasnya Pulau Pinang menyebabkan sejumlah calon terjejas.
Di Pulau Pinang misalnya,sejumlah calon SPM, SMK Datuk Haji Ahmad Said di Butterworth terpaksa dibawa menaiki lori polis meredah banjir untuk menduduki peperiksaan.
Sementara itu, 7 maut akibat banjir di Pulau Pinang yang turut menyebabkan lebih 5,800 penduduk terpaksa berlindung di pusat pemindahan.
Di Kedah pula, jumlah mangsa banjir meningkat menjadi lebih 3,700 orang.
Manakala di Perak, jumlah mangsa banjir cuma bertambah sedikit kepada 174 orang.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca