← Back to list
Ringkasan Berita 20 Jun 2016
Jun 20, 2016
Menurut siasatan, sindiket tersebut menguruskan perkahwinan di Thailand dengan bayaran RM7,000 sepasang, khasnya untuk lelaki yang mahu berpoligami.
---
SKMM terima lebih 400 aduan daripada masyarakat berhubung kes yang melibatkan kesalahan jelik dan ugutan dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
Daripada jumlah itu, 140 aduan berkait dengan ugutan penyebaran gambar dan video peribadi mangsa, dan telah dipanjangkan untuk siasatan lanjut oleh PDRM.
---
Dalam perkembangan lain, SKMM belum menerima arahan daripada PDRM untuk mengenal pasti individu yang menjual mercun secara dalam talian.
Namun, pihaknya sudah bersedia untuk mengenal pasti individu yang terlibat agar mereka dapat dikenakan tindakan.
---
180 pengendali makanan di Bazar Ramadan di Kuala Berang dikesan tidak mendapatkan suntikan dan kursus pengendalian khas untuk mereka.
---
Remaja 19 tahun direman seminggu ekoran didakwa mengerat kaki seorang warga emas dalam kejadian samun di Kampung Tanjung Rendang, Pasir Mas semalam.
---
PDRM sedang tunggu lampu hijau daripada Britain untuk ambil keterangan penjenayah pedofil Richard Huckle bagi dapat maklumat tentang rakan sejenayahnya.
---
Kanak-kanak 6 tahun cedera di betis akibat digigit seekor beruk peliharaan dekat rumahnya di Pendang, Kedah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca