← Back to list
Kes Tembakan Di George Town: 2 Direman
Dec 02, 2016
2 direman susulan kes tembakan di George Town yang mengakibatkan 3 maut termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk.
Suspek yang melepaskan tembakan yang juga pengawal peribadi kepada ahli perniagaan yang maut, dilapor direman seminggu untuk siasatan.
Seorang lagi ahli perniagaan yang berada di dalam kenderaan bersama mangsa dan suspek turut dikenakan reman seminggu.
Polis turut memaklumkan, suspek utama dipercayai pesakit mental berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarganya.
Suspek juga memiliki lesen mengendalikan senjata, namun tidak pernah mempunyai rekod jenayah.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca