← Back to list
Tragedi Bas Ekspres: Kementerian Arah Siasatan Segera
Dec 25, 2016
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan 3 agensi di bawahnya melakukan siasatan segera nahas bas ekspres di Muar, Johor semalam yang meragut 14 nyawa.
Agensi yang dimaksudkan adalah JPJ, JKJR dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros).
Kementerian mengambil serius tragedi tersebut dan mahu siasatan dilakukan dari pelbagai sudut bagi mengetahui punca sebenarnya.
Hasil siasatan juga akan digunakan untuk menambah baik aspek keselamatan di jalan raya agar kejadian sama tidak berulang.
Sementara itu, SPAD menggantung serta-merta lesen pengendali bas ekspres yang terbabit bagi membolehkan siasatan dilakukan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca