← Back to list
Kerajaan Akan Percepat Pendaftaran Sekolah Agama Persendirian
Apr 30, 2017
Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri bagi percepat pendaftaran sekolah agama persendirian termasuk madrasah dan tahfiz.
Ujar menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid perbincangan akan diadakan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam masa terdekat.
Langkah itu sejajar program Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, yang dicadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
Ia bagi membolehkan sekolah-sekolah dipantau dan mematuhi prosedur yang digariskan kementerian.
*foto sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca