← Back to list
Kemelut FGV: Lebih 50 Individu Dijangka Dipanggil Bantu Siasatan
Jun 13, 2017
SPRM sudah kenal pasti lebih 50 individu untuk dipanggil bagi bantu siasatan berhubung kemelut Felda Global Ventures (FGV).
Ujar Suruhanjaya itu kepada Berita Harian, antara yang mungkin dipanggil adalah pengerusi dan CEO FGV iaitu Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad.
Kesemua individu berkenaan dijangka akan mula dipanggil memberi keterangan minggu ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad akan bertemu dengan Perdana Menteri esok.
Ujar Tan Sri Shahrir, pertemuan itu untuk bincang jalan penyelesaian terhadap kemelut FGV.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca