← Back to list
Buletin Ringkas 24.6.2017
Jun 24, 2017
Hampir 100,000 saman dikeluarkan sejak Ops Selamat sempena Aidilfitri dilancarkan pada 18 Jun lalu, separuh dikeluarkan atas kesalahan memandu melebihi had laju.
---
JPJ sudah terima 29 aduan menerusi aplikasi WhatsApp yang dilancarkan serentak dengan Op Hari Raya Aidilfitri, majoritinya kerana guna lorong kecemasan di lebuh raya.
---
4 anggota komando parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan dalam kejadian di Jasin, Melaka.
---
Menurut Bukit Aman, laporan bahawa militan yang juga bekas pensyarah UM, Dr Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran di Marawi, Filipina didapati tidak benar.
---
Kegembiraan sekumpulan murid sekolah dan guru berkelah di Sungai Gumagayo, Kota Marudu, Sabah bertukar tragedi selepas salah seorang perserta mati lemas.
---
Dan, Gabungan Wawasan Generasi Felda minta Lembaga Pengarah FGV dirombak semula dengan memasukkan 3 wakil daripada Felda.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca