← Back to list
Dua mangsa culik akan segera dibawa pulang
Mar 25, 2017
Wisma Putra berkata, dua rakyat Malaysia mangsa culik Abu Sayyaf yang diselamatkan di Filipina akan dibawa pulang ke tanah air dengan segera.
Kerajaan telah berhubung dengan pihak berkuasa negara jiran itu, namun tarikh sebenar kepulangan mereka masih belum ditetapkan.
Mereka yang kini dirawat di sebuah hospital tentera di selatan Filipina, telah diserahkan kepada pasukan keselamatan Malaysia.
Tiga lagi rakyat Malaysia yang gagal lolos ketika operasi pasukan tentera negara itu, masih lagi berada bersama militan Abu Sayyaf.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca