← Back to list
Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad umum bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Port Dickson.
Sep 28, 2018
Bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad buat kejutan apabila umum akan bertanding sebagai calon bebas pada PRK Parlimen Port Dickson.
Jelas bekas Naib Presiden UMNO itu, keputusan tersebut dibuat selepas parti berkenaan tidak meletakkan calon untuk pilihan raya tersebut.
Tindakan terbabit juga menyebabkan keanggotaan beliau dalam UMNO terlucut secara automatik.
Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti dan terpakai kepada semua anggota.
Sementara itu, rancangan UMNO untuk mewujudkan kerajaan perpaduan boleh dianggap tidak akan tercapai.
Ini selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, parti itu tiada hasrat menerima cadangan membentuk kerajaan perpaduan.
Malah beliau menegaskan, soal itu tidak pernah berbangkit dalam Pakatan Haran, justeru merasakan ia tidak relevan untuk dibincangkan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca