Namun, CUEPACS lahirkan kebimbangan berkaitan langkah pengurangan sementara caruman KWSP sebanyak 3 peratus.
Ini kerana pengurangan caruman itu sehingga Disember 2017 akan mengurangkan simpanan pekerja untuk hari tua.
MTUC juga seirama, tidak setuju dengan langkah kerajaan kurangkan sementara caruman berkenaan.
Ujar MTUC, selain jumlahnya yang hanya sedikit, wang simpanan itu juga tidak wajar diusik sebab ia untuk kegunaan di hari tua.
Justeru, pihaknya saran adalah lebih baik kerajaan beri elaun sara hidup 300 ringgit sebulan kepada pekerja swasta.
*sumber Astro Awani dan Astro Radio News