← Back to list
Jumlah Individu Daftar Derma Organ Meningkat
Jan 21, 2016
Ujar Pusat Sumber Transplan Nasional, hasilnya 6 anggota Kabinet termasuk PM telah berikrar sebagai penderma organ.
Setakat ini juga sudah lebih 326 ribu orang atau 1 peratus penduduk Malaysia berikrar sebagai penderma organ.
Ia merupakan peningkatan yang sangat positif namun usaha akan terus digiatkan untuk menambahkan jumlahnya.
Ia bagi mencapai sasaran 30 peratus penduduk berikrar sebagai penderma organ seperti di negara-negara maju.
Dalam pada itu, takut dan salah tanggap antara alasan yang kerap diberikan orang ramai berkenaan pendermaan organ.
Ujar Pusat Sumber Transplan Nasional, stigma negatif itu boleh dihilangkan jika orang ramai mendapat penjelasan tepat.
Justeru, orang ramai diminta layari' www.dermaorgan.gov.my' untuk maklumat lanjut dan mendaftar sebagai penderma.
Layari juga Facebook Astro Radio News untuk berita terkini dan menonton video pengalaman seorang penderma organ.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca