← Back to list
Perkembangan Banjir di Seluruh Negara
Nov 26, 2015
33 calon SPM di SM St Paul dipindahkan ke SMK Beaufort Sabah, ekoran sekolah mereka dinaiki air banjir.
34 kampung di daerah itu dilanda banjir ketika ini namun belum ada pusat pemindahan dibuka.
Menurut portal bencana MKN, Sabah kini merekodkan 140 mangsa banjir, kesemuanya di daerah Tenom.
Manakala di Selangor, angka mangsa banjir kini 576, di Perak 403, Sarawak 300, dan Kedah 95.
Dalam perkembangan berkaitan, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia minta penduduk di kawasan banjir berkomunikasi guna SMS.
Mereka juga dinasihat pendekkan masa panggilan telefon bagi kurangkan gangguan liputan.
Gangguan liputan biasa berlaku di kawasan banjir kerana kesesakan talian ekoran peningkatan panggilan.
*gambar sekadar hiasan
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca