- Kerajaan sedang tunggu maklumat rasmi dari Filipina tentang laporan rakyat Malaysia, Bernard Then dipenggal militan
- Perdana Menteri mahu pihak berkuasa ambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab bunuh Bernard Then
- 4,500 anggota tentera ditugaskan jaga keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN yang bermula hari ini di ibu negara
- Mahkamah Tinggi KL putuskan pertuduhan ke atas Datuk Seri Khairuddin dan Matthias Chang tidak mengikut Akta SOSMA
- Aktiviti pelancongan di beberapa pulau di Terengganu dihentikan bermula awal bulan ini, berikutan musim tengkujuh
- Pahang sediakan 660 pusat pemindahan bagi hadapi banjir, pertambahan 30 pusat berbanding tahun lalu
- Perak catat mangsa banjir paling tinggi iaitu 320 mangsa, di Selangor 290 dan di Johor 34 orang
- Di Kota Bharu, seorang bekas tentera dihukum penjara 20 tahun kerana menyebabkan kematian guna bahan letupan
- Di Selayang, Selangor, guru didenda 4 ribu ringgit oleh mahkamah kerana terbit penerbitan menghasut di Facebook
- SUHAKAM sokong cadangan hapuskan hukuman mati mandatori ke atas kesalahan berkaitan dadah
- Kerajaan Pahang perhalusi cadangan buka kedai bebas cukai di Sungai Lembing, Kuantan
- Kerajaan Sarawak tangguhkan projek pembinaan Empangan Tenaga Hidro Baram
- JAKIM nasihatkan umat Islam tunai zakat melalui agensi kutipan zakat agar agihan dapat diberi secara adil
- Pemandu teksi yang hantar pulang kanak-kanak mangsa culik bulan lalu, terima anugerah daripada SPAD
- Pengarah, Azma Aizal Yusoof didenda 2 ribu ringgit kerana memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran
- Menurut kaji selidik Nielsen, rakyat Malaysia luang masa lebih 2 jam sehari dengar radio
- Media Perancis melaporkan beberapa maut dan beberapa ditahan dalam serbuan polis di utara Paris
- 2 pesawat Air France yang berlepas dari Amerika Syarikat ke Paris dilencongkan selepas terima ancaman bom