Kedutaan Malaysia di Perancis minta rakyat Malaysia khasnya di Paris lebih waspada dan patuhi arahan pihak berkuasa.
Ia susulan siri serangan di kota itu yang meragut sekurang-kurangnya 129 nyawa setakat ini, manakala kira-kira 350 cedera.
Bagaimanapun, pihak kedutaan sahkan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam siri serangan berkenaan
6 lokasi menjadi sasaran dalam serangan berkenaan.
8 penyerang maut dengan seorang daripadanya dikenal pasti warga Perancis.
Pasport Mesir dan Syria turut ditemui pada pengebom bunuh diri yang melancarkan serangan itu di sebuah stadium.
Militan IS telah mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berkenaan.
Militan IS mendakwa ia adalah tindak balas terhadap serangan udara Perancis ke atas wilayah IS.