← Back to list
KKM Kaji Strategi Baru
Jan 07, 2021
KKM Kaji Strategi Baru
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji strategi baru untuk dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengawal penularan kes COVID-19 yang meningkat secara konsisten.
Antara strategi yang sedang diperhalusi ialah melaksanakan tindakan bersasar berbeza antara negeri-negeri zon merah dengan hijau dan memperketat kawalan sempadan antara negeri.
Dalam perkembangan berkaitan, selain mungkin dibolehkan dikuarantin di rumah, pesakit COVID-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan mungkin dibenarkan menjalani kuarantin di hotel, jika berkemampuan.
Cadangan itu sedang dipertimbangkan KKM susulan kapasiti di pusat kuarantin dan hospital yang mencecah tahap maksimum.
Kes Harian COVID-19 Tertinggi Baru!
Malaysia merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi baru iaitu 2,593 kes semalam.
13 kluster baru dicatatkan yang juga kluster harian tertinggi setakat ini.
Majoriti melibatkan tempat kerja di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Sabah.
Semalam juga, 4 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah korban keseluruhan naik kepada 513.
Mangsa Banjir Terus Meningkat
Banjir di Pantai Timur semakin buruk menyaksikan lebih 36,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Di Pahang, lebih 24,000 penduduk kini berlindung di kira-kira 280 pusat pemindahan.
Temerloh dan Maran paling terjejas apabila masing-masing merekodkan lebih 5,000 mangsa.
Di Kelantan dan Terengganu pula, 2 negeri itu masing-masing mencatatkan lebih 4,000 mangsa banjir.
Sementara itu banjir di Johor semakin pulih dan terkini kira-kira 2,300 penduduk berada di pusat pemindahan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca