← Back to list
Jangan Redah Jalan Dilanda Banjir
Jan 04, 2021
Jangan Redah Jalan Dilanda Banjir!
Jangan ambil risiko meredah jalan yang dilanda banjir untuk meneruskan perjalanan.
Tegas Bukit Aman, ia bagi elak sebarang kejadian buruk susulan arus deras yang boleh mengundang padah.
Terdahulu viral beberapa video memaparkan penunggang terjatuh dan motosikalnya dihanyutkan air deras ketika cuba meredah jalan yang dilimpahi banjir.
*foto: FB Info Roadblock JPJ/Polis , theklasik.com, internet & pengguna media sosial
Banjir di Pahang Ragut Mangsa Pertama
Seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut menjadi korban pertama banjir di Pahang.
Mangsa bersama 3 anaknya dilapor berjalan mengharungi air banjir untuk pulang selepas menghantar kenderaan ke tempat tinggi.
Namun mangsa dan salah seorang anaknya dihanyutkan arus air manakala 2 lagi anaknya selamat.
Usaha sedang dijalankan bagi mencari anak mangsa yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Hampir Seluruh Bandar Maran Dinaiki Air
Hampir keseluruhan bandar Maran di Pahang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan.
Usaha memindahkan mangsa juga dilapor mencabar ekoran beberapa jalan dinaiki air.
Secara keseluruhan pula bilangan mangsa banjir di Pahang kini melebihi 10,500 orang.
Mangsa paling ramai dicatatkan di Kuantan diikuti Maran, Raub dan Jerantut.
Di Johor pula bilangan mangsa banjir kembali meningkat.
Lebih 6,500 penduduk dipindahkan dan daerah paling terjejas ialah Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru dan Mersing.
Beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan juga kembali dilanda banjir.
Terkini lebih 1,000 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan di 2 negeri berkenaan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca