← Back to list
Kementerian Kesihatan Jangkakan Trend Peningkatan Kes Covid-19.
Jan 03, 2021
Kementerian Kesihatan jangkakan trend peningkatan kes Covid-19 di negara ini.
Ia susulan tindakan kerajaan mewajibkan semua pekerja asing di tapak pembinaan dan industri jalani ujian saringan mulai kelmarin.
Kementerian juga akan tambah sehingga 10,000 katil di pusat kuarantin di MAEPS, Serdang sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes wabak itu.
Vaksin COVID-19 dijangka akan diagihkan bulan depan.
Kira-kira sejuta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19 fasa pertama bermula bulan depan.
Menteri Kesihatan berkata, ia akan diberikan kepada barisan hadapan negara terlebih dahulu diikuti golongan pesakit kronik.
Kerajaan juga akan beri vaksin percuma kepada 80 peratus penduduk negara ini.
Hujan lebat berterusan hari ini melibatkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor.
Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan hari ini melibatkan beberapa kawasan di Pahang dan Johor.
Banjir di Johor semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan, setakat pagi ini.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri berkata ia melibatkan 7 daerah antaranya Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, Pahang merekodkan 44 mangsa banjir yang kini berlindung di pusat pemindahan di Maran.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca