Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Tidak Bercadang Mewajibkan

Dec 21, 2020


Tidak Bercadang 

Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan semua rakyat mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Sebaliknya Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, suntikan vaksin itu hanya akan diberikan secara sukarela.

Ujar Ahmad Amzad Hashim, keutamaan diberikan kepada golongan berisiko dan mudah menghidapi penyakit serta petugas barisan hadapan.

Bekalan pertama vaksin COVID-19 dijangka diterima Mac nanti dan dikhasnya untuk petugas barisan hadapan antaranya doktor, jururawat, anggota pasukan keselamatan serta petugas penjara dan imigresen.

Suntikan vaksin berkenaan juga tidak akan diberikan kepada kanak-kanak berusia bawah 18 tahun dan wanita hamil.

Berhubung isu halal atau haram dalam kandungan vaksin pula, Ahmad Amzad enggan mengulas lanjut, tetapi beliau memaklumkan vaksin COVID-19 tidak mengandungi sel haiwan.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Agama memaklumkan, umat Islam dijangka mengetahui keputusan muktamad fatwa bagi penggunaan vaksin berkenaaan daripada sumber haram dalam masa terdekat.

Ia susulan banyak negara Islam dilaporkan enggan menerima vaksin yang diperbuat daripada bahan haram walaupun atas faktor darurat bagi mengekang pandemik COVID-19.

Mangsa Banjir Diminta Amal Penjagaan Kesihatan

Mangsa banjir di Pantai Timur dinasihat sentiasa menjaga kesihatan kendiri, mengamalkan penjarakan

fizikal dan memakai pelitup muka.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam situasi negara masih dilanda pandemik COVID-19, keadaan sesak seperti di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko penularan penyakit.

Mangsa banjir juga perlu memaklumkan kepada anggota kesihatan jika mengalami gejala COVID-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Polis Terengganu tidak menggalakkan individu atau NGO dari kawasan Zon Merah COVID-19 datang ke negeri itu untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Ia berikutan Kuala Lumpur dan Selangor misalnya masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kemasukan ke Terengganu agak berisiko.

Sementara itu hampir 9,400 penduduk di Pantai Timur berlindung di pusat pemindahan akibat banjir.

Terengganu merekodkan angka tertinggi iaitu lebih 7,800 diikuti Kelantan hampir 1,500 dan Pahang

38.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca