← Back to list
Hati-hati Dengan Iklan Dan Tawaran Pakej Umrah Yang Meragukan.
Dec 09, 2020
Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan iklan dan tawaran pakej umrah yang meragukan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkata pihaknya sedang siasat iklan tersebut kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanakan ibadah itu ekoran pandemik Covid-19.
Kementerian masih berpegang kepada dasar sedia ada dalam pelaksanaan PKPP yang tidak membenarkan perjalanan keluar negeri bagi tujuan tidak penting khususnya aktiviti pelancongan.
E-rokok dan vape dikenakan duti eksais 10 peratus mulai bulan depan.
Duti eksais sebanyak 10 peratus akan dikenakan untuk e-rokok dan vape bermula 1 Januari depan.
Menurut Kastam, bagi cecair vape tidak bernikotin pula duti eksais ditetapkan 40 sen bagi setiap mililiter.
Polis Pahang kekalkan sekatan jalan raya di negeri itu.
Sekatan jalan raya sedia ada di semua daerah di Pahang bagi tujuan Ops Benteng dan Ops Cegah Jenayah dikekalkan.
Polis Pahang berkata ia bagi membolehkan pihaknya beri maklumat terus kepada orang ramai mengenai kes Covid-19 di negeri itu termasuk lokasi yang catat peningkatan kes.
Pihaknya turut menempatkan hampir 120 pasukan pemantau di kawasan pelancongan bagi memperkasakan penguatkuasaan SOP Covid-19.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca