← Back to list
Pasangan Tinggalkan Mayat Bayi Bersama Nota
Nov 24, 2020
Pasangan Tinggalkan Mayat Bayi Bersama Nota
Polis Petaling Jaya menahan sepasang kekasih kerana disyaki meninggalkan mayat bayi mereka di depan sebuah masjid.
Mereka dibekas selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.
Pasangan berkenaan turut meninggalkan sekeping nota bertulisan tangan kepada pihak pengurusan masjid yang kini tular.
Dalam nota itu terkandung pengakuan mereka tiada wang dan tidak tahu cara menguruskan mayat anak mereka.
Banjir Lagi
Terengganu kembali dilanda banjir.
Hampir 200 mangsa di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun kini berlindung di pusat pemindahan.
Hujan berterusan sejak semalam juga menyebabkan 4 sungai di Terengganu melepasi paras bahaya.
Layari ‘infobanjir.water.gov.my’ untuk mengetahui paras air sungai terkini di negeri itu dan negeri lain.
5 lagi negeri turut dilanda bencana alam itu sejak beberapa hari lalu iaitu Melaka, Perak, Pahang, Selangor dan Kedah.
Melaka dan Perak catat angka tertinggi iaitu masing-masing lebih 300 mangsa.
Bincang Batal Acara Hiburan
Majlis Keselamaatan Negara (MKN) bakal membincangkan keperluan membatalkan acara hiburan di negara ini.
Perbincangan tersebut akan dilakukan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Ia susulan kes positif COVID-19 melibatkan selebriti tanah air baru-baru ini.
UMS Benar Siswa Balik Kampung
Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah memberi kebenaran kepada penuntutnya termasuk daripada semenanjung dan Sarawak balik kampung.
Bagi siswa yang tidak dapat pulang, mereka diberi pelbagai bantuan termasuk makanan dan kaunseling.
*foto: IPD PJ, AWANI & Sinar Harian
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca