← Back to list
Pahang perluas bantuan dalam Belanjawan negeri 2021
Nov 16, 2020
Pahang perluas bantuan dalam Belanjawan negeri 2021
Foto - Facebook Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Kerajaan negeri Pahang umum bantuan khas kewangan RM1,000 kepada 8,000 penjawat awam negeri itu tanpa pengecualian gred yang akan dibayar sebelum 16 Januari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan am kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 3,014 penerima juga akan dinaikkan dari RM300 sebulan kepada RM350.
Turut diumumkan bantuan sekali bayar kepada guru KAFA golongan warga emas, orang kurang upaya, bantuan persekolahan, imam kariah, tok batin juga bantuan e-kasih antara RM100 hingga RM750.
-----
PKDP di asrama pekerja Top Glove
Foto - The Malaysian Reserve
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di asrama pekerja syarikat sarung tangan Top Glove di Klang, Selangor bermula tengah malam ini sehingga 30 November.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu terpaksa dibuat selepas Kementerian Kesihatan mengesan 215 kes positif COVID-19.
Ia membabitkan kawasan asrama lelaki di Jalan Abadi 1A/KU8, asrama wanita di Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Abadi 10A/KU8 melibatkan hampir 13,200 pekerja dan kira-kira 1,200 penduduk di kawasan berhampiran.
-----
Kes COVID-19 di Lembah Klang kian meningkat
Foto - New Straits Times
Bilangan kes baru positif COVID-19 di negeri Sabah dilihat semakin terkawal apabila hanya 288 kes baru dicatatkan daripada keseluruhan 1,103 kes yang dilaporkan, hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah jangkitan Lembah Klang pula terus mencatatkan peningkatan apabila 392 kes dikesan di Kuala Lumpur manakala 151 lagi di Selangor.
Seramai 821 pesakit sembuh sementara empat kematian terbaru direkodkan menjadikan jumlah korban keseluruhan setakat ini meningkat kepada 313.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca