← Back to list
Tiada Syarat Ditetapkan Untuk Tempat Duduk Penumpang Dalam Kenderaan Sepanjang PKPB Ini.
Nov 12, 2020
Tiada syarat yang menetapkan penumpang perlu berada di tempat duduk belakang atau depan kenderaan sepanjang tempoh PKPB ini.
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, mereka dibenarkan untuk duduk di mana-mana sahaja asalkan tidak melebihi 2 orang dalam satu kenderaan dan dari rumah yang sama.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ekoran dakwaan viral seorang individu, kononnya disaman polis kerana membenarkan penumpang duduk di bahagian hadapan kenderaan.
Sebaliknya, pemandu itu disaman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Jangkitan Covid-19 sukar dikawal di Semenanjung berbanding Sabah.
Penularan jangkitan Covid-19 di Semenanjung lebih sukar dikawal berbanding Sabah ekoran kepadatan dan pergerakan penduduk yang tinggi.
Justeru, Ketua Pengarah Kesihatan berkata keputusan drastik perlu diambil antaranya dengan melaksanakan PKPB di negeri tertentu sebelum ia bertukar menjadi zon merah.
Semalam, Malaysia merekodkan 822 kes baharu jangkitan Covid-19 semalam, dengan lebih separuh daripadanya dikesan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca