← Back to list
Sudah Lebih 50 Juta!
Nov 09, 2020
COVID-19 Sudah Melebihi Angka 50 Juta!
Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 50 juta!
Menurut data terbaru Universiti Johns Hopkins juga, setakat ini 1.2 juta yang dijangkiti virus itu telah meninggal dunia.
Namun angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi ekoran kekurangan kecekapan dalam menjalankan ujian di sebilangan negara.
Kluster Ikhtisas & Berendam Pula
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesan 2 lagi kluster COVID-19.
Kluster Ikhtisas dikesan di Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan, manakala Kluster Berendam di Melaka.
Sementara itu, kes baru COVID-19 di negara ini turun semula kepada 3 angka iaitu 852 dengan hampir 62 peratus kes di Sabah.
Jumlah kes sembuh pula 825 manakala 4 pesakit meninggal dunia semalam.
Boleh Solat Fardu & Jumaat di Terengganu Asalkan…
Sultan Terengganu berkenan membenarkan solat fardu dan solat Jumaat diteruskan di semua masjid dan surau di negeri itu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.
Namun, jemaah diingatkan sentiasa mematuhi SOP sedia ada dan kehadiran jemaah mestilah mengikut kapasiti saiz tempat ibadat terlibat.
PKPB mula berkuat kuasa di Semenanjung hari ini sehingga 6 Disember kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.
Jogho Bawa Nama Asia
Lembu gergasi peliharaan seorang guru di Bachok, Kelantan dipilih mewakili Asia dalam pertandingan lembu sado peringkat dunia.
Diberi nama Jogho, lembu baka Limousine itu mempunyai berat 1.6 tan dan bernilai RM25,000.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca