← Back to list
Cadangan Pakatan Harapan Mengenai Belanjawan 2021 Akan Dipertimbangkan.
Nov 02, 2020
Menteri Kewangan akan pertimbangkan cadangan pemimpin Pakatan Harapan mengenai Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata PH telah kemukakan 6 cadangan utama hasil rundingan yang diadakan semalam.
Antaranya ialah meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan bagi tangani COVID-19 dan penyakit tidak berjangkit dan pelanjutan moratorium hingga Mac tahun depan.
Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti politik UMNO, PAS dan GPS atas tujuan yang sama.
Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat.
Gelombang ketiga Covid-19 sejak September lalu menyaksikan pusat panggilan Talian Kasih 15999 kembali menjadi perhatian masyarakat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata berlaku peningkatan lebih 12,000 bulan lepas berbanding 6,000 bulan sebelumnya.
Kebanyakan aduan katanya mengenai isu semasa, moratorium bayaran pinjaman dan isu kewangan.
Kerajaan akan cari penyelesaian terbaik bantu ibu bapa bekerja uruskan anak susulan PKPB.
Kerajaan akan berbincang cadangan terbaik buat ibu bapa bekerja yang berdepan masalah menguruskan anak-anak ekoran taska ditutup ketika PKPB.
Jelas Menteri Kanan Keselamatan, taska perlu ditutup memandangkan kanak-kanak adalah golongan yang berisiko dijangkiti Covid-19.
Namun, pihaknya akan cari jalan penyelesaian terbaik dengan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca