← Back to list
Tak Boleh Terburu-Buru
Oct 18, 2020
Tak Boleh Terburu-Buru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak boleh terburu-buru ambil keputusan berhubung cadangan banyak pihak supaya sekolah di seluruh negara ditutup ekoran pandemik COVID-19.
Jelas Menterinya, Dr Radzi Jidin, ini kerana sebarang keputusan dibuat bukan hanya beri kesan kepada kementerian itu tetapi juga seluruh negara.
Ujar beliau lagi, KPM tetap komited dalam usaha memastikan tiada murid keciciran dalam pembelajaran.
Kementerian berkenaan kini menaungi lebih 5 juta murid dan pelajar serta lebih setengah juta guru dan warga kementerian.
Paling Tinggi
Jumlah kes baru COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 869 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysi (KKM), ia merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.
Dukacita juga 4 pesakit meninggal dunia semalam, kesemuanya di Sabah menjadikan angka korban meningkat kepada 180.
Berikutan itu, KKM telah meningkatkan kapasiti dan mobilisasi aset serta sumber manusia ke Sabah bagi bendung penularan COVID-19 di negeri itu.
Ia termasuk meningkatkan kapasiti ujian makmal sebanyak 2 kali ganda.
Siasatan Sudah Bermula
Polis sudah memulakan siasatan berhubung kes penyebaran satu video berunsur hasutan yang pertikai sistem pemerintahan beraja di negara ini.
Identiti individu yang disyaki menghasilkan rakaman video berdurasi satu minit 30 saat itu juga sudah dikenal pasti.
Menurut PDRM, alamat terakhir suspek adalah di Seremban dan dia dipercayai berada di luar negara sejak 2017.
*foto: Sinar Harian (sekadar hiasan)
Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm
Sabtu - Ahad
9:00am, 11:00am, 1:00pm
Cuaca