Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Berita Melegakan

Oct 16, 2020


Berita Melegakan

Ada 2 berita agak melegakan untuk penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Pertama, kerajaan kini membenarkan maksimum 4 orang makan semeja di restoran dan kedai makan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada luas meja dan pelanggan perlu amalkan penjarakan fizikal yang betul.

Kedua, penduduk KL dan Putrajaya dibenar solat Jumaat dan solat fardu di masjid dan surau dalam tempoh PKPB ini tetapi dengan jumlah jemaah yang terhad.

Bagi solat Jumaat, ia tidak boleh melebihi 50 orang dan solat fardu 20 jemaah serta tertakluk kepada keluasan dewan solat dengan penjarakan 1 meter antara jemaah.


Taiping Kini Zon Merah

Mukim Taiping diisytihar zon merah oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak susulan pengesanan 77 kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari.

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, JKN Perak memaklumkan, 48 daripada 52 kes jangkitan baru yang direkodkan di Perak semalam adalah dari mukim berkenaan.

Semua kes berkenaan itu juga melibatkan banduan di sebuah pusat tahanan di Kamunting.

Belum Ada Rancangan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum bercadang membangunkan hospital sementara di Selangor seperti yang dibina di MAEPS Serdang kerana kemudahan sedia ada mencukupi.

Ketika ini KKM menggunakan Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh bagi merawat kes yang tidak bergejala atau bergejala ringan di Selangor.

589 kes baru COVID-19 direkodkan semalam dan Sabah kekal mencatatkan kes paling tinggi iaitu 304.

4 lagi kluster baru COVID-19 turut dikesan, menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di Malaysia kini sebanyak 75.

Sementara itu, Kluster Utama kini menyumbang kepada kes positif paling tinggi di Selangor apabila merekodkan 105 kes baru semalam.
 


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca