Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

← Back to list

Kes COVID-19 di Malaysia mencecah hampir 14 ribu

Oct 07, 2020


Kes COVID-19 di Malaysia mencecah hampir 14 ribu

Foto - Neuroscience News

Malaysia merekodkan hampir 14 ribu kes COVID-19 apabila 489 jangkitan baru dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 3,351.

Kementerian Kesihatan maklumkan, Sabah catat jumlah kes tertinggi hari ini iaitu 282 kes diikuti Kedah sebanyak 153 kes manakala Selangor dengan 20 kes.

Bagaimanapun, tiada kematian terbaru dilaporkan dengan jumlah korban keseluruhan kekal 141 manakala jumlah pesakit pulih hari ini adalah seramai 74.

-----

PKPB dilaksanakan di Klang dan tiga daerah di Sabah

Foto -  Jabatan Perdana Menteri

Kerajaan umum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bertujuan bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah terbabit serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Sementara itu, PKPD Secara Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Kedah ditamatkan tengah malam ini ekoran tiada pertambahan kes baru dalam tempoh 7 hari.

-----

Tiada banjir besar diramal landar Kelantan

Foto - Jabatan Meteorologi Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan tiada kejadian banjir besar sebagaimana tragedi 'bah kuning 2014', yang akan melanda Kelantan atau negeri lain.

Malah, keadaan cuaca hujan lebat serta ribut petir yang dialami beberapa kawasan sehingga berlaku banjir seperti di Sabah baru-baru ini, disebabkan fenomena La Nina yang lemah yang berlaku semasa fasa peralihan monsun, ketika ini.

Katanya, semasa La Nina yang lemah, kesannya tidak signifikan kepada negara dan berdasarkan rekod yang ada, pihaknya tidak menjangkakan kejadian ekstrem atau banjir besar berlaku pada peralihan monsun atau Monsun Timur Laut kali ini.


Dapatkan berita dan acara setempat dan antarabangsa! Ketahui juga berita hiburan dan gosip terbaru serta jangan ketinggalan mengetahui skor semasa sukan kegemaran anda!

Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di ERA pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Jumaat

7:00am, 7:00am, 8:00am, 8:30am, 9:00am, 10:00am, 11:00am, 12:00pm, 1:00pm, 2:00pm, 3:00pm, 4:00pm, 5:00pm, 6:00pm, 7:00pm

Sabtu - Ahad

9:00am, 11:00am, 1:00pm

Cuaca